| profile | blog | tag board | links | credits |

Majlis Penyampain Hadiah dan Solat Hajat

Assalamualaikum.
Pada 29/9/11 bersamaan dengan hari Khamis,Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas telah mengadakan beberapa majlis.Majlis tersebut ialah Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang bagi tahun 2010 dan Majlis Solat Hajat bagi Pelajar PMR dan SPM . Majlis penyampaian hadiah tersebut melibatkan pelajar yang peroleh keputusan yang cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2010.Seterusnya,ia juga melibtkan pelajar tingkatan 3 bagi Anugerah Pra Graduasi dan pelajar tokoh untuk Anugerah HEM . 

Para pelajar sedang menunggu giliran


Lambaian sijil :)
Di sebelah malamnya,pelajar-pelajar PMR dan SPM SMKTM melibatkan diri mereka dalam majlis solat hajat yang dianjurkan oleh sekolah.Majlis tersebut bertempat di Surau Asrama SMK Telok Mas pada jam 8.00 malam dan waktu pendaftaran pada jam 5.30 petang.Sebelum bermulanya Solat hajat,ibu bapa pelajar dijemput menjamah sedikit makanan yang disediakan bagi minum petang.Majlis tersebut mendapat sambutan kerana hampir semua pelajar hadir.Pelajar yang tinggal di asrama juga tidak melepaskan peluang menunaikan solat hajat.Sekolah telahpun mengambil cuti peristiwa pada keesokan harinya iaitu hari Jumaat.Pelajar asrama dibenarkan pulang pada pagi Jumaat.Nantikan update dari kami :)

Ditulis oleh : Jasmine Bt Abd Aziz (2 Beta)

blog

  • Sejarah Ringkas SMKTM
    • Majlis Penyampaian Hadiah
      • Majlis Mohon Restu
        • 35 Tips Kecemerlangan
          Profile




          Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas


          Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas

          Nama Singkatan : S.M.K.T.M

          Moto : Menjana kecemerlangan pendidikan sejagat

          Ditubuhkan : Jun 2000

          Dirasmikan : 14 Mac 2001

          Pengetua : Cik Hajah Jamilah binti Ismail

          Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Puan Hajah Salamah binti Md. Sharip

          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Darma Taksiah binti Kamaruddin

          Penolong Kanan Kokurikulum : Encik Zulkifli bin Salleh

          Lokasi : KM9, Telok Mas, Melaka

          Telefon : (+6)06-2615292

          Faks : (+6)06-2619422

          Speak Here



          links

          Silakan. Mari meneroka.
          • SMKTM Facebook Page
          • Sejarah Ringkas SMKTM
          credits

          akan datang