| profile | blog | tag board | links | credits |

SEJARAH RINGKAS SMKTM


Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok utama iaitu Blok A (pentadbiran), Blok B (bilik darjah), Blok C (makmal sains) dan Blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.
Bermula dengan 9 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas (RK) seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan (RKS).
Pelajar Rancangan Khas (RK) terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan memuaskan tetapi gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di asrama sekiranya terpilih, manakala pelajar Rancangan Biasa (RB) terdiri daripada pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2C untuk bersekolah di sekolah ini.
Atas persetujuan orang ramai, Kerajaan Negeri Melaka telah mempertimbangkan permohonan tersebut untuk membiayai yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 sehinggalah kini.
Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka.
SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat atas kecemerlangan yang dicapai bertahun lamanya. Buat kali pertama SMK Telok Mas telah diwarwarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.

blog

  • Sejarah Ringkas SMKTM
    • Majlis Penyampaian Hadiah
      • Majlis Mohon Restu
        • 35 Tips Kecemerlangan
          Profile




          Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas


          Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas

          Nama Singkatan : S.M.K.T.M

          Moto : Menjana kecemerlangan pendidikan sejagat

          Ditubuhkan : Jun 2000

          Dirasmikan : 14 Mac 2001

          Pengetua : Cik Hajah Jamilah binti Ismail

          Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik : Puan Hajah Salamah binti Md. Sharip

          Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Puan Darma Taksiah binti Kamaruddin

          Penolong Kanan Kokurikulum : Encik Zulkifli bin Salleh

          Lokasi : KM9, Telok Mas, Melaka

          Telefon : (+6)06-2615292

          Faks : (+6)06-2619422

          Speak Here



          links

          Silakan. Mari meneroka.
          • SMKTM Facebook Page
          • Sejarah Ringkas SMKTM
          credits

          akan datang